insyaALLAH....


Jumaat, 23 Oktober 2009

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN SAKA

Tanda Seseorang terkena gangguan Saka:

Gejala pada waktu tidur:

>Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

>Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

>Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

>Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

>Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala,
tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

>Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

>Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

>Berdiri dan berjalan ketika tidur.

>Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

>Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

>Mimpi berada di tempat sunyi.

>Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

>Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

>Mimpi melihat salib atau gereja.

>Mimpi bertemu paderi.

>Merintih dan menangis ketika tidur.


Gejala pada waktu jaga:


>Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

>Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

>Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, >orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

>Sering lesu dan malas.

>Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

>Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

>Lenguh di sendi-sendi utama.

>Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

>Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

>Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

>Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

>Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

>Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

>Mudah marah dan panas baran.

>Emosional dan terlalu sensitif.




itu yang berlaku kepada aku sekarang...
sampai bila..
aku tak tau...
kadang-kadang aku kuat,kadang-kadang aku tak kuat...